Songket merupakan sejenis kain yang
biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit
benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik
benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Dari
segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan
orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika
itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah
terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket
punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat
martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan
seseorang.
Sejarah
songket
Sejarah
dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun
dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana
dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang
sama.
Mengikut
Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin
diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran
budaya dari Timur Tengah, Parsi,Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan
lagi penghasilannya.
Tidak
banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket
berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang
merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.
Songket
menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera
pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial
dikalangan bangsawan Melayu.
Corak dan
motif
Corak
dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita
rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan
keunikan. Antara corak yang digunakan:
·
Susunan bunga penuh
·
Susunan bunga bertabur
·
Susunan bercorak
Motif yang digunakan pula adalah seperti:
Motif yang digunakan pula adalah seperti:
·
Motif Tumbuh-tumbuhan
·
Motif Binatang
·
Motif Alam/Benda
·
Motif Kuih
Proses
pembuatan
Secara
ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit
iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui
benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses
menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat
butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang
Benang
perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang
perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting
yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses
membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz
panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang
yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.
Menyapuk benang
Setelah
benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak
dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil
akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses
mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi
dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian
diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat
torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan
kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan
hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut
saiz.
Songket
kini
Hari
ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara
pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan
motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa.
Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.
Kini,
usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan
secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket
semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran
perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.
Peningkatan
kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend
sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.
Pejuang
songket
Usaha
memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan
antarabangsa dicetuskan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.
Perjuangan
Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program
bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru
kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.
kain batik merupakan tradisi batik malaysia dari dulu lagi. baju kurung kedah antara salah satu pakaian yang mempunyai konsep bertemakan corak batik.
ReplyDelete