Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi
orang Melayu.
Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang
dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi
masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di
Ottoman Turki.
Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim
dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.Di Indonesia, songkok
juga dikenali dengan nama peci.
Dalam
kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840)
"...berbaju putih bersongkok merah....".
Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan
oleh Soekarno.
Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara
perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Bagi
kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika
menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat,
upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.
Songkok
juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.
Pada
19 Jun 2008, anggota dewan DAP Gwee Tong Hiang disingkirkan dari dewan majlis
Johor kerana tidak mematuhi kod pakaian pakaian rasmi dan songkok.
Comments
Post a Comment