1. Mengasingkan Kotoran Degil Dari Pakaian Lain
Apabila anda mencuci
pakaian di dalam mesin basuh, anda harus memastikan pakaian yang diletakkan di
dalam mesin basuh tidak mempunyai kotoran yang jelas yang boleh bercampur aduk
dengan baju-baju yang lain iaitu seperti kotoran najis bayi, muntah dan
lain-lain lagi. Kotoran-kotoran ini perlu di asingkan terlebih dahulu sebelum
memasukkan baju-baju yang lain ke dalam mesin.
2. Pastikan Kuantiti Air Digunakan Mencukupi
Sekiranya anda mencuci
pakaian menggunakan mesin basuh, anda harus pastikan kuantiti air yang
dimasukkan ke dalam mesin mencukupi dan banyak. Kuantiti air yang banyak lebih
baik berbanding air yang kurang. Air yang banyak dapat mengeluarkan kotoran
dengan lebih efektif dan mengelakkan mesin rosak, berhenti, meletup atau
terbakar.
3. Mesti Menggunakan Sabun Dan Pewangi
Membasuh baju
menggunakan mesin basuh haruslah dilengkapi dengan sabun basuh dan pewangi.
Tanpa kedua-dua pencuci tersebut, baju akan berbau hapak dan tidak wangi. Sabun
basuh baju berfungsi untuk menanggalkan kotoran-kotoran yang terlekat pada baju
dan membersihkan tekstur pakaian anda dengan lebih berkesan dan mendalam
manakala pewangi pula bertindak memberi wangian kepada pakaian dan wangian akan
meresap secara semulajadi setelah anda menjemur pakaian di tempat yang panas.
Membasuh pakaian menggunakan sabun sahaja tetapi tidak menggunakan pewangi akan
menyebabkan ia berisiko untuk berbau hapak dan tidak wangi.
4. Memilih Sabun Cair Berbanding Sabun Serbuk
Sabun cair dan sabun
serbuk kedua-duanya sangat berkesan dan boleh digunakan. Namun, untuk kesan
serapan yang mudah dan lebih tinggi, anda disarankan untuk menggunakan sabun
cair berbanding sabun serbuk. Kadang kala sabun serbuk tidak larut dengan betul
dan akan menanggalkan kesan-kesan sabun di baju.
5. Membilas Pakaian Dengan Sempurna
Bagi anda yang
membasuh pakaian menggunakan tangan, proses membilas perlulah dilakukan dengan
betul dan lengkap. Sewaktu membilas dan membasuh pakaian menggunakan air, anda
harus pastikan bahawa tiada sabun yang masih melekat di pakaian dan buih-buih
sabun perlulah dibasuh dan dibilas lagi supaya tidak ada buih-buih yang melekat
dibaju. Begitu juga sekiranya anda mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, sebelum
mengeringkan pakaian anda harus pastikan bahawa tiada bekas-bekas sabun dan
buih yang masih terlekat di baju. Buih-buih sabun yang masih terlekat dibaju
akibat bilasan yang tidak lengkap dan sempurna juga adakalanya ia akan
menyebabkan pakaian berbau hapak dan tidak wangi.
6. Mengeringkan Pakaian Dengan Suhu Yang Bersesuaian
Mengeringkan pakaian
menggunakan mesin basuh memerlukan anda menentukan suhunya. Suhu terbaik untuk
mengeringkan pakaian adalah 40 sehingga 60 darjah celcius. Mesin basuh telah
disetkan suhunya dan sekiranya ia terlalu panas, anda boleh rendahkan masa
untuk proses pengeringan dijalankan.
7. Basuh Pakaian Putih Dan Bewarna Secara Berasingan
Anda boleh
mengasingkan pakaian mengikut warna putih dan warna lain supaya ia tidak
bercampur warna sekiranya mencuci semua sekaligus di dalam mesin basuh. Anda
harus mencuci mengikut kategori warna putih dan warna lain untuk menjadikan ia
cantik, bersih dan tidak terserap dengan warna lain.
8. Menjemur Pakaian Di Tempat Yang Panas
Pakaian yang baru
dicuci haruslah dijemur dan disidai di ampaian yang terdedah dengan cuaca panas
tambah-tambah lagi panas terik cahaya matahari. Cuaca panas menjadikan
pakaian-pakaian yang dijemur mengeluarkan haba dan automatik menyejatkan air
dari fabriknya. Berbanding dengan menyidai pakaian di tempat yang tiada cahaya
matahari, haba pakaian yang berkumpul dan terperap menjadikan pakaian berbau
hapak.
9. Memilih Pencuci Pakaian Yang Terbaik Dan Sesuai
Sekiranya anda telah
melakukan kesemua tips-tips yang diberikan di atas, tetapi masih lagi baju
berbau hapak dan tidak wangi, ketahuilah bahawa sabun pencuci yang anda gunakan
tidak sesuai dan bukanlah yang terbaik untuk pakaian anda sekeluarga.
Banyak sabun-sabun yang terkenal di pasaran mengandungi lemak haiwan dan
kanji dalam kandungannya. Anda harus peka mengenai kandungan sabun pencuci
sebelum membelinya. Kadang kala ia menjadikan pakaian anda bukan sahaja berbau
hapak, malah lama kelamaan warnanya akan mudah pudar dan kain akan mudah reput.
Oleh itu, pentingnya untuk anda memilih sabun pencuci pakaian yang terbaik dan
sesuai untuk anda sekeluarga. Terdapat sabun pencuci pakaian yang tidak
mengandungi bahan-bahan yang tidak elok seperti lemak haiwan dan lain-lain
lagi. Anda haruslah menukarkan sabun pencuci anda kepada sabun yang lebih baik,
selamat dan menjadikan keluarga anda lebih sihat dan ceria.
MUDAH UNTUK DIFAHAMI,TERIMA KASIH.
ReplyDeletebagus tips ni. pilihlah sabun basuh baju yang sesuai untuk semua jenis pakaian. elakkan guna serbuk akan merosakkan pakaian anda.
ReplyDeletepewangi baju perlu digunakan sekali semasa membasuh pakaian anda.