Jenis-jenis kain di malaysia





1.           COTTON 

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
    nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
    kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
    noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan           detergent.
    boleh dicuci atau di dry clean
    tidak mudah kusut saat dicuci
     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat. 

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)

Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

     dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat        kod warna pada kain tersebut.
    daya menyerap keringat lebih bagus.
    harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
    permukaan kain lebih halus.
    warna lebih awet dan tahan lama.
    sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya



      ii.      Cotton Paris

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

     iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
    permukaan kain lebih mengkilap.
    harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
    daya serap keringat paling rendah.
    warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

     iv.   Cotton minyak
Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).
     harga sama dengan cotton biasa.
    daya serap keringat yang baik
    kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

  v.  Cotton biasa
    motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
     harga lebih murah.
    daya serap keringat sederhana bagus.
    warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun


 2.             JACQUARD


Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit


3.             CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe. 

4.             RAYON

Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.


5.             KAIN ORGANZA

Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.

6.             KAIN CHIFFON 

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.
Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

§  Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

§  Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

§  Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

§  Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

§  Chiffon Plain 
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

§  Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

§  Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.

§  Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal
Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.
Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.


7.             KAIN SATIN

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin. 

8.             POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.

Antara ciri-ciri lainnya :

        Bahan terasa panas dibadan. 
    Tidak menyerap keringat.
    Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. 
    Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
    Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

  

9.             SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.

Antara ciri-ciri lainnya :    
    Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
    Menyerap keringat
    Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

10.         VISCOSE

  Antara ciri – cirinya: 
    Terasa lembut dan dingin di kulit 
    Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
     Menyerap keringat
    Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1          jam
    Boleh dicuci atau di dry clean
    Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan           detergent


11.         LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

   Antara ciri-ciri lainnya :
    Bahannya kaku dan dingin.
    Permukaan kain agak kasar
    Menyerap keringat.
     4x lebih lasak dari cotton
    Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
     Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12.         SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA

Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH

Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

Comments