Tudung
Tudung kepala
Dalam islam tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan
untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah
perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk
Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung
sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat
pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah
mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah
pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
·
Di sesetengah negara Arab,
pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara
lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
·
Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia
Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu
sendiri untuk memakainya atau tidak.
·
Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya
pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
·
Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya
di Dunia Barat, terdapat larangan untuk
memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen
dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
· Burqa menutup seluruh
badan manakala Niqab menutup seluruh
kepada.
·
Tudung labuh atau mini telekung.
·
Tudung bersegi seperti tudung bawal.
·
Tudung sarung atau tudung mini.
·
Selendang.
·
Skarf.
Wanita Kristian yang bertudung
Penutup kepala wanita
Kristian yang bertudung wimple sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, sertai dengan
menutup auratnya.
Banyak
para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung
serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini
yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5,
menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan
dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan
adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” Oleh itu, wanita
Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak
juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin
diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di
tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat
Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, petrempuan Katolik memakai tudung
ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya
kebanyakannya para biarawati gereja yang sering
bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta
menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam
bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai
wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible
yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan
kepercayaan biarawati.
Wanita Yahudi Ortodoks
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai tzniut.
Isu tudung di Turki
Pada 28 januari 2008, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan mahu larangan memakai tudung di Turki dihapuskan melalui arahanParlimen Turki. Larangan memakai tudung dilaksanakan sejak Mustafa Kamal Ataturk lagi. Larangan ini disokong oleh golongan badan kehakiman, pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman sekular. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan melihat isu peraturan melarang memakai tudung ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.
Comments
Post a Comment